Jumat, 07 Maret 2014

Ayah Hadiah Pelacur Sebagai Gadiah Hari Jadi

0 komentar

Ayah Hadiah Pelacur Sebagai Gadiah Gari Jadi
Ayah Hadiah Pelacur Sebagai Gadiah Gari Jadi - Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, tetapi apa yang berlaku di Nicaragua benar-benar mengejutkan.
Kerana terlalu sayangkan anaknya, seorang bapa, Don Cesar mengambil keputusan untuk ‘menghadiahkan’ anak terunanya seorang pelacur sempena hari jadinya yang ke 16 tahun.
Ada yang mendakwa ia adalah amalan biasa di negara itu, tetapi ia tetap menjadi kesalahan di sana kerana anaknya itu masih dianggap di bawah umur. Si anak, Juan, mungkin dilihat ‘bertuah’ tetapi tahukah anda, wanita yang dimaksudkan itu hanyalah seorang pelacur tua di sebuah kawasan persundalan murahan di negara tersebut yang dikenali sebagai The Chicken (nama pun dah boleh agak tempat macam mana)
Kisah Cesar dan anaknya itu menjadi perbualan hangat di seluruh dunia apabila ia telah divideokan dan tersebar luas melalui rangkaian sosial FB dan Youtube. Lebih menyakitkan hati, Cesar berkata, antara sebab dia melakukan perkara tersebut kerana mahu anaknya dilihat macho dan menjadi lelaki sejati dalam erti kata yang sebenarnya, adoyyyyyyy!!!!
Bahkan, untuk pengetahuan anda, si bapa turut membekalkan kondom untuk anaknya itu. Rata-rata mereka yang menyaksikan video berkenaan mengutuk perbuatan tidak bertanggung jawab bapa berkenaan….bukan itu saja, bapa pelacur itu yang turut ditanya mengenai tindakan lelaki berkenaan turut tidak bersetuju dengan apa yang berlaku.
Sementara itu Juan yang dilihat tersengih-sengih sebaik sahaja ‘selesai’ berbuat demikian, mengakui teruja mengenai pengalaman baru yang dilaluinya walaupun disindir bapanya kerana hanya mampu ‘bertahan’ beberapa minit. Dan ini kata wanita pelacur tersebut kepada Cesar mengenai Juan; ” Hebat, awak boleh bawa dia datang lagi ke sini – paapaada.blogspot
Read more ►

Rabu, 19 Februari 2014

MIC usah putar belit kenyataan Salahudin tentang Thaipusam Salehudin kata Thaipusam sebagai perarakan aman bukan bertujuan menghina kaum India

0 komentar

Harakahdaily

  23 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) menyelar tindakan Ketua Pemuda MIC T Mohan yang cuba memutar belit kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berdebat bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Naib ketuanya Raja Ahmad Iskandar Al-His berkata, kenyataan Salahudin yang memberi contoh perarakan Thaipusam sebagai perarakan aman bukan bertujuan menghina  kaum India di negara ini sepertti difahami T Mohan.

"DPPM menganggap T Mohan sebagai ketandusan isu  untuk dibangkitkan sehingga terpaksa memutarbelitkan kenyataan YB Salahuddin untuk kepentingan politik mereka yang sempit.

"Mungkin kerana sokongan rakyat khususnya warga India terhadap MIC semakin berkurangan menjadikan beliau resah hingga beliau terpaksa mencari isu-isu remeh untuk dijaja kepada rakyat bagi meraih simpati terhadap MIC," kata Raja Ahmad.

Menurutnya, semua yang mengikuti debat tersebut memahami bahawa tiada niat sedikitpun di nurani YB Salahuddin Ayub untuk mempersenda agama Hindu melalui kenyataan perarakan Thaipusam.

Salahudin katanya memberi contoh bahawa itu adalah satu perarakan yang aman, teratur dan lancar yang dibuat setiap tahun.

"Dalam bahasa yang mudah, itu adalah suatu perarakan jalanan yang dibuat oleh masyarakat beragama Hindu setiap tahun, dan ia berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang provokasi.

"Apakah mesej yang jelas dan mudah ini gagal difahami dengan baik oleh T Mohan sehingga memberikan tafsiran yang negatif pada beliau," soalnya.

Tambahnya, jika inilah mentaliti T Mohan, DPPM mengagak jangka hayat politik beliau sebagai pemimpin MIC tidak lama.

Rakyat ujarnya, sukar menerima pemimpin yang berfikiran sempit dan hanya menjurus kepada persoalan remeh. Rakyat kini sudah semakin matang dan cerdik dan berfikiran jauh dengan melihat Malaysia  di masa hadapan.
Read more ►

Senin, 30 Desember 2013

Katak Terbesar di Dunia di Afrika Yang Turut Dijadikan Sebagai Lauk Pauk!

0 komentar
Di dunia terdapat ribuan spesies katak, masing-masing mempunyai karakter dan sifat yang tersendiri baik dari segi ukuran mahupun habitat yang mereka tinggal. Terdapat beberapa spesies katak beracun bahkan boleh mendatangkan kematian bagi manusia. Ada juga katak yang mempunyai ukuran sangat luar biasa besar, spesies ini terdapat di Afrika. Dikatakan di kawasan tersebut katak ini dimakan juga sebagai lauk.






sumber: realifact.blogspot.com

Read more ►
 

Copyright © kotak posting Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger