Orang awam tidak dibenarkan menggunakan cakera parabola untuk menerima siaran televisyen luar negara kerana bahan siaran berkenaan memberi kesan negatif kepada rakyat, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata cakera parabola hanya dibenarkan diguna di kawasan pedalaman dan di tempat yang tidak dapat dihubungi oleh perkhidmatan talian tetap.“Di kawasan pedalaman, cakera parabola dipakai secara meluas untuk mendapatkan data dan perkhidmatan jalur lebar melalui alat dikenali ‘Very Small Aparture Terminal’ atau VSAT,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Panglima Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan).
Anggota Parlimen tersebut bertanya mengenai penggunaan cakera parabola yang masih tidak dibenarkan kerajaan sedangkan maklumat dan hiburan pada masa kini sudah tiada sempadan.
Salang memberitahu dewan penggunaan cakera parabola dibenarkan hanya bagi tujuan pendidikan jarak jauh dan korporat untuk acara tertentu.
Timbalan menteri itu menolak andaian Abdul Ghafur dalam soalan tambahannya bahawa penggunaan cakera parabola tidak dibenarkan kerana kerajaan ingin menjaga kepentingan syarikat televisyen berbayar ASTRO.
Timbalan menteri itu menolak andaian Abdul Ghafur dalam soalan tambahannya bahawa penggunaan cakera parabola tidak dibenarkan kerana kerajaan ingin menjaga kepentingan syarikat televisyen berbayar ASTRO.
“Sekatan penggunaan cakera parabola bukan kerana mahu menjaga ASTRO disebabkan undang-undang sekatan sudah pun ada sebelum ASTRO, malah ini adalah fakta yang tidak boleh diragui oleh mana-mana pihak”, katanya.
Kepada soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang bertanya mengenai tahap keselamatan data dan maklumat bagi pengguna telefon pintar Blackberry, Salang berkata pengguna alat tersebut termasuk bagi pegawai kerajaan perlu dijaga dengan menghad penggunaannya kepada komunikasi tidak sensitif atau yang tidak melibatkan rahsia kerajaan.
Katanya, walaupun tahap keselamatan menerusi penggunaan Blackberry diawasi ketat pihak pengeluar, Research In Motion (RIM) dan tidak mungkin dapat diakses dengan mudah oleh pihak lain, namun pengguna perlu menitik beratkan aspek keselamatan dalam berkomunikasi.
“Pengguna Blackberry perlu sentiasa berwaspada kerana setiap sistem komunikasi mempunyai kelemahan masing-masing serta rahsia tidak dapat dijamin sepenuhnya,” katanya.
P/S: Admin dah lama nak buang astro nih.. dah la mahal, pastu time hujan boleh x de siaran. sekarang admin duk kumpul duit nak beli skybox, sume ade.. x de la nak bayar tapi x leh tengok pula..
Mengapa Parabola Diharamkan Di Malaysia - Kotak Posting >>>>> Download Now
BalasHapus>>>>> Download Full
Mengapa Parabola Diharamkan Di Malaysia - Kotak Posting >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Mengapa Parabola Diharamkan Di Malaysia - Kotak Posting >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK SI