Minggu, 16 Maret 2014

Pelakon Sedang Meningkat Naik Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal SAH Bernikah

0 komentar

BENARKAH seperti apa yang dilaporkan oleh seorang wartawan di sebuah akhbar mingguan popular ini?

Pelakon Aeril Zafril dan Wawa Zainal dipercayai telah bernikah pada bulan Februari lalu dan dikatakan pasangan itu sudah dikurniakan cahaya mata sulung pada 24 Ogos lalu.

Sebelum ini memang terdengar khabar angin mengatakan kedua-dua pelakon di bawah pengurusan MIG Sdn Bhd itu sudah berkahwin namun Aeril menerusi kenyataan kepada pihak media telah menafikan perkara tersebut.


Aeril juga pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan Wawa kini berada di kampung halamannya di Sabah kerana mengubati penyakit misteri yang dihidapi sejak tahun lalu.

Nampaknya jika benar mereka sudah selamat bernikah, kenapa mesti nak disorokkan daripada pengetahuan peminat dan para media kan?

Mungkin Aeril dan Wawa mempunyai penjelasannya yang tersendiri berhubung perkara ini.

Kita tunggu dan lihat sahaja nanti kenyataan balas daripada pelakon berdua ini ya!



Oleh: AUDREY LEE
Read more ►

Jumat, 20 Desember 2013

Tarif Elektrik Dijangka Naik 2 Digit Tahun Depan

0 komentar

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menjangkakan tarif elektrik akan naik dua digit tahun depan berikutan langkah merasionalisasikan subsidi oleh kerajaan.

Presiden FMM Tan Sri Yong Poh Kon berkata kenaikan tarif elektrik ini meresahkan pasaran, namun pekilang sudah pun menjangkakannya.

“Kerajaan kerap menyatakan ia perlu mengurangkan subsidi dan pembiayaan pengimportan gas cecair asli, oleh itu kami menjangkakan tarif elektrik akan naik.

“Kami harap kenaikan tarif itu dilakukan secara beransur-ansur dan tidak dilaksanakan sekali gus.

“Kami tidak tahu lagi jumlah sebenar kenaikan itu, jadi kita perlu menunggu pengumuman rasmi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas mengumumkan hasil Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM-MIER untuk tempoh setengah tahun.

Yong berkata kenaikan tarif akan memberi impak terhadap industri yang bergantung kepada penggunaan elektrik, dan kenaikan dua digit itu semakin hampir.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kadar elektrik dijangka naik antara 10 peratus dan 20 peratus tahun depan. – BERNAMA
Read more ►
 

Copyright © kotak posting Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger