Senin, 03 Maret 2014

TERKINI 23 Masih Hilang 181 Selamat Dalam Tragedi Bot Di Belaga!

0 komentar
SEGERA: 23 Hilang, 181 Selamat Dalam Tragedi Bot Di Belaga!

KUCHING – Seramai 23 orang hilang manakala 181 lagi selamat apabila bot ekspres yang mereka naiki karam di Sungai Rajang berhampiran Belaga di pedalaman Sarawak pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata kesemua 181 mangsa yang selamat itu kini ditempatkan di dua rumah panjang tidak jauh daripada kawasan kejadian, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan dengan bot ekspres dari pekan Belaga.
“Kami masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mereka yang hilang,” katanya ketika dihubungi dari sini.
Beliau berkata kejadian dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi apabila bot ekspres ‘Bakun Mas’ itu mengalami masalah enjin selepas melangar serpihan kayu di sungai itu.
Ketika kejadian bot dengan kapasiti 67 penumpang itu sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Betek Lahang ketika dihubungi berkata polis dan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan sedang mengumpul maklumat mengenai jumlah sebenar mangsa terlibat.
Beliau berkata ketika kejadian bot ekpress yang penuh dengan penumpang itu dalam perjalanan ke Kapit dan Sibu selepas kira-kira 40 minit berlepas dari bandar Belaga.
Polis dan pasukan perubatan kini berada di tempat kejadian dan sehingga petang ini usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan, katanya.
Pegawai Daerah Belaga Abdul Halim Abdullah ketika dihubungi berkata beliau dan anggota Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong dan anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang dalam perjalanan ke tempat kejadian. -BERNAMA
Read more ►

Rabu, 25 Desember 2013

Unik! Kura Kura Hilang Ditemui Semula Selepas 30 Tahun

0 komentar
Unik! Kura-Kura Hilang Ditemui Semula Selepas 30 Tahun | Seperti sukar untuk percaya, namun itulah hakikatnya apabila sebuah keluarga  telah kehilangan seekor kura-kura pada tahun 1082. Kura-kura tersebut disedari hilang ketika rumah tersebut sedang membuat pengubahsuaian. Bagaimanapun setelah 30 tahun berlalu, kura-kura tersebut telah ditemui semula. KisahBest.My difahamkan kura-kura yang dikenali sebagai Manuela dipercayai bergantung hidup dengan memakan anai-anai di stor rumah itu. Jom lihatgambar di bawah ini.
kura1
RIO DE JANEIRO – Seekor kura-kura ditemui semula di dalam bilik stor sebuah rumah di Rio de Janeiroselepas lebih tiga dekad. Pemilik haiwan peliharaan digelar Manuela itu memberitahu, kali terakhir haiwan tersebut dilihat adalah sebelum rumah mereka diubah suai pada tahun 1982.
“Kami masih tertanya bagaimana Manuela masih hidup selepas ‘terkurung’ lebih tiga puluh tahun tanpa makanan dan air,” kata Lenita Almeida. Sementara itu, veterinar, Jeferson Pires menjelaskan spesies kura-kura berkaki merah tersebut sememangnya boleh bertahan tanpa makanan untuk tempoh lama.
kura2
kura3
kura4
Read more ►
 

Copyright © kotak posting Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger