
Pelakon serba boleh, Que Haidar mendedahkan hanya pengarah tersohor Mamat Khalid yang boleh mengorek serta menggali unsur komedi yang ada pada dirinya.
Sebelum ini, nama Que memang sinonim dengan filem-filem produksi Mamat antaranya Zombie Kampung Pisang, Rock dan Rock Oo di mana dalam ketiga-tiga filem itu dia menjayakan watak komedi.
Kini, namanya sekali lagi dilihat bakal membintangi filem terbaru Rock 3 juga arahan pengarah kelahiran Perak itu.
“Saya rasa akan terima tawarannya untuk membintangi Rock 3 kerana percaya hanya dia yang boleh mengorek unsur komedi dalam diri saya dan pastikan ia menjadi.
“Ada juga mendapat watak komedi untuk filem lain, tetapi saya masih belum yakin sebagaimana Mamat boleh menukar karakter saya menjadi lebih lawak dan semestinya bekerja dengannya memang sangat seronok,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan pereka tari terkenal, Linda Jasmine, Que dilihat kurang aktif dalam bidang seni dan hanya memilih naskhah-naskhah tertentu yang dapat memberi kepuasan kepada dirinya.
Oleh: AUDREY LEE
0 komentar:
Posting Komentar